HIBURAN MELAMPAU
Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan muda mudi.
Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan samaada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.
Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia.
Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa samaada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa.
Oleh itu, beberapa garis panduan tentang hiburan telah dikeluarkan seperti program hiburan. Program hiburan adalah bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan, hiburan yang terlebih atau melampau, maka ianya lebih cenderung kearah kemudharatan dan kemungkaran. Seterusnya ialah mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam. Islam telah menetapkan garis panduan dalam hiburan atau keseronokan, dimana ianya tidak lah terlalu lebh dan ianya perlulah sopan dan mengikut syariat. Acara yang dijalankan juga tidak boleh bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan antara masyarakat kerana ianyanya akan memundurkan dakwah islam dan mengganggu keharmonian masyarakat dan memberi impak kepada pembangunan dan kemajuan negara.
Hiburan yang kedua adalah hayati lirik-lirik lagu. Perkara ini adalah biasa kerana setiap lagu ada maksudnya dan maksud lirik itu perlulah yang baik-baik dan tidak cenderung kearah kemaksiatan dan membawa kepada unsur yang tidak elok. Kalimah shahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan dan tidak boleh tergantung bacaan kerana ditakuti ianya akan menjadi maksud yang lain. Lirik lagu tersebut juga tidak boleh mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa kerana ditakuti pendengar yang mendengarnya terikut-ikut dengan maksud lagu tersebut.
Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang bermasalah, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya kerana ia bergantung kepada individu untuk membentuk institusi sesebuah keluarga.
Kesan daripada hiburan melampau ini ada banyak antaranya ialah akan muncul sikap pentingkan kemewahan, akan berlaku peningkatan kes jenayah, berlaku keruntuhan akhlak dalam golongan remaja, menggagalkan usaha remaja menjadi golongan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi dan sebagainya.
Terdapat beberapa cara untuk megatasi hiburan yang melampau iaitu remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama. Seterusnya, ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka.
Akhirnya, mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
Gaya hidup hedonisme tentu ada penyebabnya. Ada banyak faktor yang datang dari luar yang memicu emosi mereka menjadi hamba hedonism, antara lain adalah mereka tidak mempunyai aspirasi dan perancangan dalam hidup. Remaja yang berpegang dengan prinsip sebegini tidak mempunyai aspirasi dan perancangan dalam hidup. Di samping itu, mereka tidak mengambil berat tentang erti buang masa dan mengisi masa mereka dengan berhibur sepanjang masa. Selain membuang masa, mereka juga mengikut cara Barat seratus peratus seperti pakaian, tingkah laku dan kegiatan yang mereka lakukan.
Keduanya ialah Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan rumah tangga. Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan rumah tangga yang berpunca daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa remaja. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka. Dengan cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan.
Akhirnya mereka ingin Mencari ketenangan di luar bersama rakan-rakan. Kehidupan yang terkongkong serta tidak bebas juga memberi tekanan kepada remaja seterusnya menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan melarikan diri dari rumah bagi memenuhi tuntutan jiwa yang banyak masalah. Remaja yang tidak mempunyai tempat pergantungan yang kukuh juga menjadi alasan bagi mereka untuk mencari ketenangan di luar bersama rakan-rakan yang pastinya menjanjikan seribu keseronokan dan kepuasan kepada mereka
Secara kesimpulannya, remaja kita tidak mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih hiburan melampau. Remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Remaja kini bukanlah golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi yang perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Memilih gaya hidup hedonime, terus terang tidak akan pernah memberikan kepuasan dan kebahagiaan. Bagi yang belum terlanjur menjadi penggemar hedonisme maka segeralah berpatah balik ke jalan yang benar. Bahawa kebahagian hidup ada pada hati yang bersih, saatnya bagi kita kembali ke jalan Ilahi, tumbuhkan jiwa peduli pada sesama- buang jauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri dan memiliki kekuatan kuat otak, kuat otot, kuat kemampuan berkomunikasi, kuat beribadah, dan kuat mencari rezeki.