top of page

PENYEBARAN FITNAH


Umumnya, fitnah bukanlah satu fenomena yang baru wujud dalam masyarakat kita, malah fitnah telah menjadi permainan dan satu perkara yang seolah-olah wajib dilakukan oleh setiap orang. Pada zaman Rasulullah s.a.w, budaya fitnah ini telah menjadi satu perkara yang digemari oleh masyarajat ketika itu. Jadi, tidak hairanlah sekiranya budaya ini juga menjadi kegemaran masyarakat kita pada hari ini. Malah, ada yang menjadikan golongan yang menabur fitnah ini sebagai ketua.


Oleh itu, masyarakat perlu sedar bahawa penggunaan teknologi dengan cara yang tidak betul akan mengundang pelbagai masalah. Ianya bukan hanya melibatkan masalah yang kecil-kecil sahaja malah, melibatkan hal-hal yang besar iaitu melibatkan soal negeri, negara, agama dan bangsa.


Jenayah fitnah merupakan satu aktiviti yang tidak sihat. Ianya boleh berlaku tanpa sempadan serta tidak mengira waktu dan tempat. Jenayah ini dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai kesedaran nilai-nilai murni dan tidak bertanggungjawab. Mereka boleh menyiarkan apa-apa saja maklumat tanpa mengambil kira kesahihan maklumat tersebut. Hal ini menjadi bertambah runsing apabila setiap maklumat yang disiarkan akan mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca. Lebih menyedihkan ramai daripada kalangan pembaca akan berkongsi maklumat tersebut dengan pihak lain tanpa menganalisis kesahihan maklumat tersebut.


Budaya menyebarkan fitnah melalui alam siber seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya telah menjadi satu kebiasaan dan semakin popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Malah ianya turut menjadi satu kewajipan bagi sesetengah individu yang suka menyebarkan berita palsu dan panas. Tanpa disedari, budaya ini telah memberi kesan yang negatif dalam kalangan masyarakat dan mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak. Ramai pembaca yang kebanyakkan daripada mereka mengamalkan konsep setiap apa yang disiarkan dianggap betul dan tepat.


Penyebaran fitnah dapat dilakukan dengan mudah dalam era komunikasi moden sekarang. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebaikan dan dakwah telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (sms), facebook, penulisan dalam blog, twitter dan email memudahkan penyebaran maklumat dapat dilakukan tanpa sempadan, tanpa perlu bersemuka, mudah dan kosnya sangat murah.


Penyebaran berita yang tidak bertanggungjawab dan melampau juga boleh membawa kepada kehancuran dan perpecahan dalam masyarakat. Oleh itu, Islam melarang keras tindakan tidak bermoral dan melanggar batas agama yang dilakukan oleh penabur-penabur fitnah sehinggakan sanggup mengaibkan saudara seagama.


Apabila sesuatu maklumat atau berita yang berbaur fitnah, pasti akan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Apatah lagi apabila berita tersebut dikaitkan dengan individu yang berpengaruh dan kenamaan. Berita tersebut pasti akan menjadi perbualan hangat dalam kalangan pembaca-pembaca. Sehubungan itu, sebagai seorang muslim wajib bagi kita untuk menyelidiki maklumat yang disebarkan sebelum mempercayainya



Kesimpulannya, Kehidupan kita pada hari ini dihiasi dengan pelbagai nikmat dan hiasan hinggakan tanpa kita sedari nikmat dan hiasan itu boleh memakan diri sekiranya ia tidak dikawal dengan baik. Kemajuan teknologi komunikasi telah membuka peluang yang amat besar kepada individu tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita palsu dan memalukan.Golongan seperti ini sentiasa menanti peluang dan ruang untuk mencapai keinginan mereka. Apabila sesuatu berita itu dapat disampaikan, mereka akan merasa puas.

Kemajuan teknologi komunikasi yang begitu pesat dengan kemunculan laman-laman sosial akan mendatangkan kemusnahan pada manusia dan alam sekiranya ia tidak digunakan dengan betul. Sepatunya, sebagai seorang muslim kita harus menggunakan kemajuan teknologi komunikasi ini sebagai medan untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu.

Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page